Sabtu, 9 November 2019

Bongkah cendawan tiram

Langkah ketiga

Setelah siap tempat... Dah tentu kita perlukan bongkah... Nah!?? Bongkah dah sampai...seronok juga tengok perkembangan melisium cendawan berkembang...






Jadi..kena tunggulah bongkah 🍄 cendawan kita matang ... Sebab bongkah yg dihantar baru separuh matang... Harapnya tiada la bongkah yg tercemar dek kulat2 dan penyakit lain..
Doakan semoga hasilnya nanti memuaskan... Kepada yg nak merasa cendawan pertama keluaran kami boleh lah tempah awal2.. 

Penyediaan Tempat

Assalamualaikum...

Kali nak cerita pula bagaimana langkah seterusnya.. setelah balik dari kursus penanaman cendawan, tanpa berlengah-lengah kami terus memulakan atau menyiapkan tempat untuk penanaman cendawan ini






Setelah berunding dengan pengurus jengka 12 encik Nasrun dan naib pengerusi nya encik Mat jamin kami dapat kata sepakat membenarkan kami mengunakan balairaya lama yg terbiar. 

Dengan melihat keadaan balairaya lama yang sangat usang dan daif ini.. Semangat yang dari awalnya berkobar-kobar menjadi lemah sekejap.. tapi disebabkan semangat tinggi tidak melunturkan matlamat kami untuk meneruskan tanaman cendawan ini..



Setelah beberapa hari bertungkus lumus menyiapkan nya.... Dan sedikit modal diperlukan untuk menyambung bekalan api dan air.. nasib baik kita ada encik Salahuddin yg sanggup mengeluarkan modal permulaan projek ini... 

Alhamdulillah.. semuanya selesai dalam penyediaan tempat penanaman cendawan

Langkah pertama

Assalamualaikum.....
Pertama saya nak cerita bagaimana kami boleh memulakan atau terfikir untuk mengusahakan tanaman cendawan tiram ini...
Semasa berbual kosong bersama rakan-rakan... Salahuddin... Salizan..dan kamil. Terbuka la cerita mengenai cendawan.. jadi apa yang saya nampak ada satu bangunan  terbiar yg mana saya nampak ada potensi untuk dijadikan tempat bagi memulakan projek ini...
Tanpa berlengah kami aturkan kursus yang patut kami hadiri bagi mendapatkan ilmu tentang cendawan. Pada sekian tarikh kami berempat pergi mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pekan Agro Farm. Kursus disampaikan oleh encik Mokthar selama satu hari tentang selok-belok mengenai cendawan.



Salahuddin Salleh

Rosli Mat Razak

Salizan salleh

Bersambung ......